Kau dan aku hamba, bukan Tuhan.
"Kita hamba, bukan tuhan."
Aku mahu semuanya tahu bahawa walau macam mana pun kecil kita nampak,
Beban yang invisible dipikul itu, jika diukur. Tak terukur.
Aku mahu semua tahu, sekecil mana pun masalah kau, itu tetap masalah.
Sekecil mana pun masalah dia, itu tetap masalah.
Dan kau tiada hak untuk COMPARE masalah kau dan dia.
Kau tidak perlu "masalah aku yang kau tahu, sikit. yang aku pendam lagi banyak. so relax."
Kau tak punya hak itu.
Dan sebab tu aku cukup benci untuk beritahu masalah aku.
Aku benci bila orang compared masalah aku dan dia, atau dengan orang lain.
Ya, aku masih ada banyak jika nak dibandingkan dengan orang lain.
Tapi, boleh ke masalah settle dengan comparison?
TAK.
Kita hamba, bukan Tuhan.
Aku bukan para sahabat yang dijanji syurga,
bila mana bila Allah turunkan ujian, mereka hadapi dengan syukur. Dan Syukur.
Aku-- manusia yang lemah. Tak kuat.
Bilamana Allah turunkan ujian, aku lari. Aku lari dan lari serta fikir untuk mati.
Seperti mati itu jalan yang paling baik.
Kerana aku fikir, tiada. Tiada siapa peduli bila aku hidup, siapa akan peduli kalau aku mati?
Apa yang aku cari? yang sesungguh-sungguhnya?
Dan sebab itu, aku pernah bercita-cita untuk jadi psychologist.
Aku nak dengar masalah orang.
Aku nak tolong orang.
Sebab bila orang bagitahu aku masalah dorang,
aku tak cakap,
lek ah masalah aku lagi besar.
Tapi aku pun manusia biasa juga.
Dan bila kau punya isu mental,'
kau tak sama.
kau bukan diri kau.
Macam mana kau akan teruskan hidup
dengan kelompok manusia yang takkan faham.
Takkan reti.
Dengan kelompok manusia yang berfikiran cetek.
Sungguh aku manusia biasa.
Dan sungguh aku juga perlu pertolongan,
walaupun berjuta kali aku tolak
dan lebih memilih untuk pendam.
-Jujurnya, aku manusia biasa.